Saturday, 14 May 2011

Kaca Jendela Ainnur

"masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik"

Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindui walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, sekurang-kurangnya dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.

Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah. kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.

Kata Zhafran, "Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga Uncle Lokman. Salah ke mereka hingga turut terhukum?"

Apa yang Zhafran tahu?

Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?

Sutera Bidadari

Pilihan Mama

M.A.I.D


"Ya. Allah Noorul...
takkan goreng ikan pun kau tak tahu?
masak nasi tahu tak?
Haih...habislah kau kalau macam ni
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat, Noorul"


Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul mengelarnya MR.F ( fussy )

Daripada berbalas-balas nota berkaitan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan MR.F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta MR.F, Nurina-bekas kekasij MR.F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta MR.F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk meghadapi pancaroba ini? 'kuali'?'sudip'?

Penulis : Suri Ryana
Harga RM26.00 (SM), RM29.00(S/S)